Skip to main content

TRAGEDI 13 MEI 1969!



TRAGEDI 13 MEI 1969



Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

MARI KITA RUNGKAI SEMULA PERISTIWA 13 MEI 1969

Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman, terutama adalah masalah perpaduan dan integrasi antara kaum.

Masalah perpaduan wujud implikasi
  • pemisahan tempat tinggal 
  • perbezaan pekerjaan
  • sistem pendidikan
  •  kepercayaan atau agama
  •  fahaman politik
  •  masalah ekonomi dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. 
Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, adalah penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia.


APAKAH ITU 13 MEI 1969??


Tidak ramai yang mahu memperkatakannya secara terbuka. Kalau ada hanya bisik-bisik sahaja. Masih lagi dianggap taboo di Negara yang sebegitu majmuk ini. Yang masih terasa perit bisanya hanya orang-orang tua sahaja. Golongan muda , yang membaca tahulah tapi yang terkinja-kinja berotak tiada ramai belaka. Baca dengan tenang dan ambil pengajaran. Tak guna terpekik terlolong kisah-kisah dahulu jika pengajarannya tak diambil.


Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.




tonton video in tq.

LATAR BELAKANG 13 MEI 1969

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNOMCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1] Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

SOROTAN PERISTIWA

Sebelum Mei 1969
Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sector ekonomi berbeza. System pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.

Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957), Pangkor(1959), Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yew melalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” diteruskan DAP.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan BatuSelangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur.[4]Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di JinjangKepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor dan rusuhan pertama

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari Selasa, tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.[5]Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda. Dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.[6]
Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan CampbellJalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk KeramatKampung PandanCherasKampung Kerinchi dan Sentul.
Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan. Rusuhan dapat dikawal dengan mengunakan gas pemedih mata, perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar mula meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing[nyatakan menurut siapa?] menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.
Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat dihantar untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan yang tidak sempurna.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa Cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.[7] Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai RamalKajang. Manakala di pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di KelantanTerengganu dan Pahang. Di PerakKedahPulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilanjuga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik". Seperti yang dinyatakan pergaduhan tidak berlaku di negeri seperti KelantanPahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, sudah tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri-negeri tersebut seperti di selatan Thai.



Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.

9 Mei 1969 “Perarakan Mayat/Keranda”
Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei 1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan bendera komunis  dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata “Malai- Si (Matilah Melayu). Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis diarahkan untuk berhati-hati.




Perarakan mayat Lim Soon Seng oleh Parti Buruh. Kelihatan sepanduk yang melaungkan ajaran komunis Mao

Persepsi

Kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[8]
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.
Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.[9]
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.[10]
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13' di masa depan, dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia'," kata Lim.

Angka korban


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu : 86 orang
  • Cina : 342 orang
  • Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.



Perarakan kemanangan pihak pembangkang iaitu Gerakan & DAP di Kuala Lumpur. Jelas kelihatan penyapu besar yang turut diarak bersama mengundang maksud tertentu

13 Mei 1969 “Tragedi”
Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”.  7.30 mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.




Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai menganggar ramai lagi dibunuh. 

14 Mei 1969 “Darurat”
Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Perlembagaan dan parlimen digantung. Pilihanraya Malaysia Timur ditangguhkan.

16 Mei 1969 “MAGERAN”
Tunku telah menubuhkan MAGERAN yang diketuai Tun Abdul Razak mentadbir Negara dalam pengisytiharan darurat. Tun Abdul Razak telah dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.





Di atas merupakan antara terbitan yang menceritakan peristiwa tragedy 13 Mei. Dari kiri “May 13: Declassified documents on the Malaysian Riots of 1969” karangan Kua Kia Soong bekas ahli DAP, “Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina” karangan seorang pegawai British Leon Comber., Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN dan juga “13 Mei Sebelum dan selepas” oleh Tunku Abdul Rahman. Aku galakkan korang baca kisah 13 Mei dari pelbagai sumber. Kua Kia Soong didalam bukunya mengatakan bahawa Tragedi 13 Mei sebenarnya ialah rancangan Tun Razak, Dato Harun dan Tun Mahathir dalam menjatuhkan Tunku. Tunku pula didalam bukunya menyatakan bahawa punca tragedy ini ialah peranan yang dimainkan pihak Komunis dalam mengapi-apikan semangat perkauman. Laporan MAGERAN pula menulis bahawa ucapan oleh pemidato semasa kempen pilihanraya yang meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera mendorong berlakunya peristiwa ini. Tunku dan Laporan MAGERAN juga turut menyatakan penglibatan kongsi gelap memburukkan lagi keadaan.




 Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


 Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan BatuSelangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


 Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di JinjangKepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


 Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. <perlu petikan>
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


 Rejimen Renjer


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang MelayuIbanCinaIndiaSikhGurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


 Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

KESAN PERISTIWA 13 MEI .....





Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.

Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat  taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.

Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai

Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata. 

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.

Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.

Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.

Kesimpulannya, pada masa itu, 13 Mei sangat memberikan kesan yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak juga terlibat sama. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat sebenar kesemua kaum yang tinggal di Malaysia.



PENGAJARAN 



Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar ialah :

1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. 

2. Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.



3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini . 



4. Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.



5. Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,

(ii) Menyusun semula masyarakat,


Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.




Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.

Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.
"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.
"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol
"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar
"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ"
(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).
Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.
'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.
Semuanya karut'
Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.
Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.
Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.
"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.
"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).
"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.
Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.
Plot menumbangkan Tunku
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.
Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.
Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.
Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).
Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.
Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.
"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.
Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.
"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.
Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasasaya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."
Jumlah korban tidak diketahui
Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.
Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.
Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.
Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.
Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.
"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.
"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.
Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.
Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.
"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.
Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

RUMUSAN 

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.


Pada saya zaman kecil, arwah nenek saya selalu menceritakan tentang kisah tragedi 13 mei 1969 beliau semasa beliau berumur dalam lingkuangan 7 atau 8 tahun.. yang dimana pada waktu itu.. adalah peristiwa hitam dalam seumur hidup nya,... nenek saya menceritakan serba sedikit tentang semasa kejadian berlaku nenek saya disorongkan dibawah rumah.. supaya tidak ditangkap atau dijumpai atau dibunuh pada waktu itu... keadaan masa itu huru-hara seperti zaman peperangan dahulu.. lama juga nenek saya disorokkan.. dlm 2 atau 3 hari.. begitu.. Makanan? jangan ditanya.. nenek saya hanya makan ubi kayu atau ubi keledek dengan garam atau gula... kerana bekalan makanan tidak mencukupi.. terseksa pada waktu itu.. perit untuk menelan makanan itu.. itu sahaja yang diceritakan oleh arwah nenek saya.. tq..




moga saya dapat berkongsi ilmu serba sedikit tentang 13 mei 1969 tq..


Nama Lecturer : En Fitri Sani Bin Mohamad Abd Hakim.

Nama : Syahira Hadirah Binti Mohd Sukri

No. Matrik : 29DHF18F2049

Kelas : DHF 1A

Program : Perkhidmatan Amalan Makanan Halal





Comments

  1. Aku tidak percaya jika dikata tun razak nk merampas kuasa dari tungku..
    Sdh lah org yg dah meninggal tak dpt pertahankan diri,difitnah sebegitu rupa..tun razak berjasa terlalu besar,kerananya felda ditubuhkan dgn peneroka seluruh negara dapat menjalani hidup baru..tanpa tun razak tiada felda dan golongan peneroka felda yg menyumbang ekonomi negara.

    ReplyDelete
  2. The 3 Best Casinos in Reno - Mapyro
    It 남원 출장마사지 is one of the 안산 출장마사지 most sought 동두천 출장마사지 after, located in the heart of the city near the Reno-Tahoe Valley. This 여수 출장마사지 casino is 창원 출장샵 one of the largest and most luxurious

    ReplyDelete

Post a Comment